
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Rabu.
Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah,
Datuk Kadzim M. Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dan kenamaan lain.
Selain upacara “toast” oleh Juhar dan Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Rafail Walangitan, majlis resepsi itu turut diserikan dengan upacara pemotongan “Tumpeng” dan persembahan tarian kebudayaan dan artis jemputan.