KM HAJIJI INGATKAN SYARIKAT KERAJAAN TAMBAH BAIK PRESTASI DEMI RAKYAT

KM HAJIJI INGATKAN SYARIKAT KERAJAAN TAMBAH BAIK PRESTASI DEMI RAKYAT

0
SHARE
Hajiji (tengah) menerima sumbangan daripada Lembaga Pelancongan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan pengerusi dan lembaga pengarah syarikat berkanun kerajaan serta agensi yang berprestasi rendah agar memperbaiki diri demi menambah baik nasib rakyat.

Beliau berkata beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan pertumbuhan tetapi masih terdapat beberapa syarikat yang masih dengan tampuk pengurusan lama mereka.

“Kamu dilantik bukan sebagai keistimewaan tetapi sebagai amanah untuk menyumbang kepada hasil kerajaan.

“Syarikat-syarikat ini ditubuhkan bukan sahaja untuk meningkatkan ekonomi negeri tetapi juga meluaskan peluang kepada rakyat.

“Sebagai Ketua Menteri saya memandang serius perkara ini. Jika tiada usaha untuk menambah baik, saya akan mencari jalan untuk mengemaskan pengurusan dengan melantik semula pengerusi dan lembaga pengarah yang tidak berjasa kepada negeri,” katanya.

Hajiji berkata demikian selepas majlis penyerahan dividen dan sumbangan kepada kerajaan negeri daripada syarikat-syarikat berkanun kerajaan dan agensi kerajaan di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Beliau berkata perubahan ke arah pembangunan dan kutipan hasil yang lebih besar hanya mungkin berlaku dengan peningkatan usaha.

“Ini adalah peringatan untuk bekerja lebih keras untuk mempertingkat hasil kerajaan supaya agar ianya dapat dikembalikan untuk keselesaan rakyat.

“Kerja keras untuk melipatgandakan hasil. Kita perlu meningkatkan prestasi. Tunjukkan bahawa anda mempunyai apa yang diperlukan untuk tadbir urus yang baik,” tambahnya.