KM HAJIJI LAWAT KILANG BTC

KM HAJIJI LAWAT KILANG BTC

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor beramah mesra dengan pekerja kilang memproses makanan dan roti BTC semasa lawatan kilang itu di Bangunan Darul BTC, Inanam ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melakukan simbolik pecah tanah Kilang Memproses Makanan dan Roti Baharu Syarikat Kumpulan BTC Berhad masa melawat kilang itu di Bangunan Darul BTC , Jalan Tuaran Bypass, Inanam pada Sabtu.

Beliau turut menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kumpulan BTC dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk program perindustrian desa kepada golongan miskin tegar dan Surat Niat (Letter of intent (Loi)) melibatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Loi antara BTC dan UMS melibatkan Fakulti Sains Makanan dan Sains Pemakanan
sebagai rakan strategik membantu dalam pembangunan dan penyelidikan untuk
menambahbaik kualiti produk selain memberi peluang dan ruang kepada siswazah
menjalani latihan praktikal.

Manakal Loi bersama ABM pula, entiti itu akan membekalkan tenaga mahir dan separa mahir kepada BTC selain mengilap kebolehan kakitangan sedia ada.

Hajiji yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad, Datuk Abdul Kadir M.E.Sikkandar dibawa melawat kilang itu dan beramah mesra dengan pekerjanya.