KM HAJIJI SAMBUT BAIK DAN SOKONG WAKIL TPM DARI SABAH

KM HAJIJI SAMBUT BAIK DAN SOKONG WAKIL TPM DARI SABAH

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri menyambut baik cadangan mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) termasuk seorang TPM dari Sabah yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya juga menyokong penuh cadangan itu dan bersedia mencari calon pemimpin yang layak mengisi jawatan terbabit

“Kita sokong. Kita akan cari seorang yang betul-betul boleh tahan (untuk menjadi TPM)…

“Itu yang bagusnya supaya kita ada seorang wakil sebagai Timbalan Perdana Menteri dari Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Deepavali 2022 bertempat di The Magellan Sutera, hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan kerajaan negeri Sabah bersama Dewan Perniagaan India Sabah kepada wakil Pertubuhan Bagi Orang Buta Sabah dalam Majlis Ramah Mesra Deepavali 2022 bertempat di The Magellan Sutera…(Sumber Foto: Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah)

Sementara itu, Hajiji yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga berkata jalinan kerjasama antara GRS dan BN akan menjadi kekuatan utama kerajaan negeri.

“Semuanya baik-baik kerjasama di antara GRS dan BN dalam PRU-15 yang akan datang ini…

“Kita akan pastikan kerjasama ini menjasi satu kekuatan kepada kerajaan negeri kerana kerajaan negeri adalah kerajaan GRS dan BN,” katanya.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai pembahagian kerusi Hajiji memberitahu soal berkaitan pembahagian kerusi telah selesai.

“Kita akan umumkan (senarai calon) tidak lama lagi. Mungkin beberapa hari sebelum hari penamaan calon,” katanya.