KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT HANNAH YEOH DAN DUTA JEPUN KE MALAYSIA

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT HANNAH YEOH DAN DUTA JEPUN KE MALAYSIA

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima cenderamata daripada Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Puan Hannah Yeoh semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Hannah Yeoh di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Ia merupakan kunjungan pertama Hannah setelah dilantik ke jawatan itu pada tahun lepas.

Beliau memberi taklimat ringkas kepada Hajiji mengenai program dan aktiviti kementerian yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji berharap Hannah akan membantu Sabah meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur belia dan sukan di negeri ini, termasuk menaik taraf infrastruktur sedia ada.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko.

Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan cenderamata kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

Ini merupakan kunjungan kali kedua Takahashi kepada Hajiji.

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji membangunkan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hajiji berharap dengan hubungan baik diantara negara Jepun-Malaysia dan Sabah, lebih ramai pelabur dari Jepun akan melabur di negeri ini, selain kedatangan lebih ramai pelancongan dari negara matahari terbit itu.