KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Haji Fadillah Haji Yusof di kediaman rasminya di Sri Gaya, Kota Kinabalu, dekat sini.
Kedua-dua pihak, Kerajaan Negeri dan Kementerian Kerja Raya Malaysia turut mengadakan perbincangan selepas kunjungan itu.
Antara yang disentuh dalam perbincangan itu ialah halatuju pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo, lanjutan dari taklimat pembangunan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin Mohd Yassin semasa mengadakan lawatan rasmi ke Sabah pada 22 Mac lalu.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Ir. Ali Ahmad Hamid.





