Pihak Berkuasa Rampas 22 Ular Daripada Wanita Yang Tiba Dari KL

Pihak Berkuasa Rampas 22 Ular Daripada Wanita Yang Tiba Dari KL

0
SHARE
Sumber Foto: Bernama...

NEW DELHI, INDIA  Pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur, di lapangan terbang Chennai.

Menurut Jabatan Kastam Chennai pada Sabtu, penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.

Pihak berkuasa menemukan pelbagai spesies ular dan seekor chameleon atau sumpah-sumpah ketika melakukan pemeriksaan ke atas bagasi wanita itu.

Reptilia itu kemudian dirampas di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar.

Menurut laporan media tempatan yang dipetik Bernama, reptilia itu dibungkus dalam bekas plastik lutsinar.

Reptilia itu antara spesies yang mendapat permintaan tinggi dalam perdagangan hidupan liar haram di India dan rampasan seperti itu bukanlah perkara luar biasa.

Pada Januari tahun ini, 45 ekor ular sawa dan lapan ekor ular jagung serta masing-masing tiga ekor marmoset (monyet) dan kura-kura dirampas di Chennai daripada seorang penumpang yang tiba dari Thailand.

Menurut laporan tahunan Direktorat Perisikan Hasil (Directorate of Revenue Intelligence (DRI)) India, sebanyak 1,204 reptilia spesies eksotik seperti ular sawa, iguana, monitor lizard, ular jagung dan kura-kura Afrika turut dirampas di lapangan terbang Chennai pada Oktober 2022.