Dua Lelaki Jadi Mangsa Anjing Mengganas 

Dua Lelaki Jadi Mangsa Anjing Mengganas 

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Dua orang lelaki menjadi mangsa gigitan seekor anjing di perumahan Taman Putera, Pogun, sini petang semalam.

Mangsa, Moby Deca Matthew Scott Mariot, 20, mengalami cedera parah di bahagian tangan manakala Mc Jay Mc Corey Xavier Mariot, 25, cedera ringan di bahagian paha.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang terpaksa dipanggil bagi menjinakkan haiwan peliharan yang mula mengganas pada insiden kira-kira jam 3.45 petang itu.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan diberikan rawatan awal oleh Pasukan EMRS.

“Seterusnya mangsa dihantar ke klinik oleh ibunya untuk mendapat rawatan selanjutnya…

“Anjing berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pemilik,” katanya sambil meambah operasi ditamatkan pada 4.42 petang.