Komputer Riba Bukan Lagi Kemewahan, Tetapi Keperluan Pelajar – Shahelmey

Komputer Riba Bukan Lagi Kemewahan, Tetapi Keperluan Pelajar – Shahelmey

0
SHARE
Shahelmey (Tengah) bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat N24 Tanjung Keramat; Sufian Matin bergambar kenangan bersama para pelajar yang menerima sumbangan komputer riba...

PUTATAN, SABAH – Martabatkan pendidikan dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran norma baharu (new norm).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, komputer riba merupakan keperluan para pelajar dalam menjalani proses pembelajaran norma baharu semasa pandemik ini.

“Kita faham generasi sekarang ialah generasi yang berada dalam era teknologi maklumat, komunikasi dan juga digital…

“Komputer ribabukan lagi merupakan satu kemewahan ataupun kelebihan tetapi keperluan untuk para pelajar.

“Dalam usaha menuntut ilmu yang akan menggunakan teknologi-teknologi secara maya, kita bantu pelajar-pelajar agar proses pembelajaran tidak terganggu” katanya.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N24 Tanjung Keramat itu berkata pihaknya sangat menitik beratkan penguasaan ilmu agar ianya dapat membantu masyarakat di masa hadapan.

“Dengan penguasaan ilmu maka seseorang itu boleh mengubah nasibnya dan nasib keluarganya. Maka kita menitik beratkan penguasaan ilmu dan proses pembelajaran bagi anak-anak kita” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan komputer riba kepada beberapa orang pelajar yang cemerlang dan kurang berkemampuan sekitar kawasan Tanjung Keramat di Putatan kelmarin.

Shahelmey (dua dari kanan) bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N24 Tanjung Keramat; Sufian Matin (Kanan sekali) menyerahkan sumbangan komputer riba kepada salah seorang pelajar…

Untuk rekod, sumbangan komputer riba ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat Rakyat N24 dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N24 Tanjung Keramat dalam usaha memartabatkan pendidikan dan mengiktiraf kecemerlangan pendidikan dikalangan pelajar.

Beliau berharap dengan sumbangan ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) para pelajar sekaligus dapat menyunting semangat mereka dalam menimba ilmu.