KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas bertembung dengan sebuah kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) berhampiran Kampung Rampayan di Menggatal sini pagi tadi.
Susulan kejadian pukul 8.07 itu, mangsa, Ariffudin Anjani, mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan leher.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah sementara itu berkata pemandu SUV Mitsubishi Pajero tidak mengalami sebarang kecedaraan.
“Seramai 10 pegawai anggota pelbagai pangkat diketuai PBK II Rozam Shah Rahmat hadir di tempat kejadian…
“Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pihak Bomba dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.