KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tiada sekatan akan dikenakan untuk kanak-kanak tidak divaksinasi dan Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) akan dilakukan secara sukarela.
Beliau berkata, ini kerana pihaknya sedar masih terdapat ramai ibubapa yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum mendaftarkan anak mereka untuk PICKids…
Selain itu ini bagi membina keyakinan terhadap ibubapa yang masih takut atau ragu-ragu tentang pemberian vaksin terhadap anak mereka.
“Setakat tempahan janji temu dibuka semalam, 15 peratus telah berdaftar.
PICKids adalah secara sukarela, untuk memberi masa kepada ibu bapa untuk membuat keputusan yang tepat…
“Saya tahu ramai ibu bapa masih bimbang. Tapi tidak mengapa, kita akan terus berikan maklumat terkini kepada mereka,” katanya kepada para media selepas melancarkan PICKids di Hospital Tunku Azizah di sini hari ini.





