PRU15: Kempen Guna Logo BN, Polis Siasat Tindakan Calon BEBAS

PRU15: Kempen Guna Logo BN, Polis Siasat Tindakan Calon BEBAS

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Seorang lelaki yang juga calon bebas dilaporkan menyamar sebagai parti gabungan Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jurucakap media polis Kontinjen Sarawak PRU-15 dalam satu kenyataan berkata, tertuduh dikatakan melakukan perbuatan rasuah melalui pengaruh tidak wajar dengan menggunakan simbol BN untuk berkempen.

“Suspek dikatakan telah mencetak dan mempamerkan bahan-bahan kempen dalam tempoh kempen bermula 5 November 2022 di seluruh bahagian P193 Santubong…

“Suspek menggunakan huruf BN, warna biru dan putih yang mendorong pemilih untuk mempercayai beliau adalah calon yang mewakili BN,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, polis menerima tiga laporan berhubung poster dan bendera calon bebas dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah dirosakkan oleh individu tidak dikenali.

Satu kejadian berlaku membabitkan poster bersaiz 20×20 calon bebas di Jalan Setia Raja Kuching telah dirosakkan.

Manakala seorang lelaki ditahan berhubung kes banner parti DAP dirosakkan dengan objek tajam di Jalan Temple Kuching yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK).

Satu lagi kes sama yang berlaku di daerah Kuching masih lagi dalam siasatan.

Secara keseluruhan, kenyataan itu mengesahkan terdapat 10 laporan polis telah diterima berhubung salah laku PRU-15 di seluruh Sarawak setakat hari ini (17 November 2022).