SAGA X: Danielo Peserta Termuda Boling Padang

SAGA X: Danielo Peserta Termuda Boling Padang

0
SHARE
Saga
Danielo (tengah) bergambar bersama Ibu (Dorie) dan ayahnya ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KENINGAU, SABAH – Wakil Kontinjen Penampang peserta termuda Sukan Sabah (SAGA) X 2023, Danielo Alvero, 6 tahun 5 bulan akan berentap dalam disiplin berempat acara Boling Padang.

“Takut tapi teruja dapat bertanding dan bermain bersama peserta-peserta yang lebih dewasa,” katanya ketika ditemui media semasa terlibat pusingan pertama acara boling padang di Kompleks Sukan Keningau pada Jumaat.

Ibunya, Dorie Diana Fredoline yang juga jurulatih kontinjen Penampang berharap agar lebih ramai kanak-kanak usia muda akan tertarik untuk terlibat dalam acara sukan seumpama. — JABATAN PENERANGAN SABAH