Pekerja Ladang Sawit Di Kinabatangan Cetus Kluster Sungai Pin 2

Pekerja Ladang Sawit Di Kinabatangan Cetus Kluster Sungai Pin 2

0
SHARE
Gambar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Kluster Sungai Pin 2 di Kinabatangan yang dikesan semalam tercetus di sebuah ladang Sawit.

Jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes indeks merupakan seorang pekerja wanita warganegara Indonesia berumur 52 tahun.

“Setelah bergejala sejak 10 Ogos, beliau disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Batu Putih dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya…

“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 19 kes positif dalam kalangan kontak pekerja dan tanggungan.

“Setakat ini, 20 kes positif COVID-19 dari kluster ini telah dilaporkan,” jelas beliau.

Datuk Masidi Manjun…

Dalam pada itu, empat (4) lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 Ogos sehingga 2 September.

“Kawasan ini termasuk Kampung Tanjong Pagar di Sipitang, Setinggan Kampung Baru Luyang di Penampang, Kampung Padang Tembak Keningau dan Kampung Jawa di Tawau,” kata Masidi.

Daerah Tawau mempunyai bilangan tertinggi PKPD yang aktif dengan 29 kawasan, diikuti Kota Kinabalu, 22, dan Tuaran dengan 12.

Selain itu, sebanyak 17 kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikeluarkan seluruh Sabah.

“Seramai 15 orang gagal mendaftar diri sebelum masuk ke premis dan dua (2) orang lagi tdak mematuhi arahan kawalan pergerakan,” katanya.