Komuniti Maritim Harus Peka Dengan Keselamatan Di Laut

Komuniti Maritim Harus Peka Dengan Keselamatan Di Laut

0
SHARE
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik...

KOTA KINABALU, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengingatkan komuniti maritim untuk sentiasa peka dengan tahap keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti di laut.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, keadaan cuaca buruk yang berlaku di seluruh negara khususnya negeri Sabah boleh mendatangkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku sekiranya lalai dengan tahap keselamatan diri.

Merujuk kepada amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa, musim tengkujuh di Malaysia dijangka akan bermula pada Sabtu ini (11 Nov) dan berterusan sehingga Mac 2024.

“Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang bolehmenyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan yang membahayakan kepada bot-bot kecil, rekreasi laut, sukan laut dan aktiviti lain.

“Komuniti maritim juga diingatkan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan, memiliki dan membawa peranti pengesan kedudukan seperti Personal Locator Beacon (PLB) serta memaklumkan lokasi dan tujuan ke laut kepada ahli keluarga atau sahabat-handai.

“Aspek keselamatan bot atau vesel juga harus dititik-beratkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya dalam sebuah kenyataan.