Konsultan Bebas Dilantik Bagi Mereka Bentuk Jambatan Baharu Libaran-Fulliwa Di Sandakan

Konsultan Bebas Dilantik Bagi Mereka Bentuk Jambatan Baharu Libaran-Fulliwa Di Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Jabatan Kerja Raya Sandakan akan melantik sebuah konsultan bebas bagi membuat kajian dan mereka bentuk (design) jambatan baharu untuk jalan di Libaran Bypass SPS2 ke Fulliwa Sandakan.

Timbalan Ketua Menteri, Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, kerosakan sebanyak dua kali jambatan yang dibina sebelum ini merupakan antara punca utama jalan raya tersebut sehingga kini tidak dapat digunakan walaupun disiapkan pada tahun 2014.

“Jalan raya ini sebenarnya tidak bermasalah, yang menjadi punca sehingga kini ianya tidak boleh digunakan disebabkan masalah jambatan yang sudah dibina sebanyak dua kali telah runtuh…

“Justeru saya meminta jurutera daerah Sandakan mengambil tindakan susulan agar jambatan baharu dapat dibina,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di sini kelmarin.

Bung sambil mendengar taklimat yang disampaikan oleh Jurutera Daerah JKR Sandakan Diane Alvin William semasa lawatan di Jalan Libaran Bypass dan Jalan SPS2 ke Fulliwah Sandakan…

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila Mokran Ingkat, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Mohd Jasmin Juplin dan Jurutera daerah Jabatan Kerja Raya Sandakan, Diane Alvin William.

Sebelum itu Bung, yang juga Menteri Kerja Raya, turut meninjau projek Jalan Raya dan Jambatan di Batu 25 Kampung Sungai Monyet dan Kampung Sungai Dundulit.

Menurut Bung beliau difahamkan satu mesyuarat teknikal akan diadakan hari ini bagi membincangkan kaedah pembukaan jambatan lama yang runtuh dan tindakan penyelasaian selanjutnya.

“Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan segara bagi memastikan jalanraya ini boleh digunakan oleh pengguna jalan raya dan dapat menjimatkan masa perjalanan selain mengurangkan kadar kesesakan yang berlaku bagi kenderaan yang bergerak ke bandar Sandakan dan lain lain distenasi,” jelasnya.