Konvoi KMJG Pelawat Pertama BBP Putatan

Konvoi KMJG Pelawat Pertama BBP Putatan

0
SHARE
Kmjg
Kenderaan pertama yang melepasi gimik semburan air dalam acara pelepasan konvoi KMJG ke destinasi seterusnya ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PUTATAN, SABAH – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) menjadi pelawat pertama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Putatan.

Ketibaan peserta konvoi yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Nor pada 1.30 petang di BBP Putatan, disambut oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putatan Nor Sherryana Bohari serta Pegawai Operasi, Zainuddin Saidi.

BBP Putatan dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dengan kekuatan seramai 32 anggota pada 25 Julai lalu.

Selain menandatangani Buku KMJG tahun 2024 dan acara bergambar bersama anggota BBP, para peserta konvoi juga diberi peluang menyahut cabaran mencuba tiang gelongsor dalam acara khas ‘sliding challenge’, selain diperlihatkan gimik pemadaman api oleh anggota BBP.

Paling menarik perhatian, pelepasan konvoi KMJG 2024 ke hentian seterusnya disertai dengan gimik semburan air dengan pili bomba oleh anggota BBP.

Konvoi seterusnya menuju ke destinasi terakhir hari pertama iaitu Dewan Sri Putatan untuk Acara Pelancaran Konvoi KMJG 2024. — JABATAN PENERANGAN SABAH