Kota Kinabalu Dan Penampang Penyumbang Kes Meningkat

Kota Kinabalu Dan Penampang Penyumbang Kes Meningkat

0
SHARE
Datuk Masidi Manjun...

KOTA KINABALU: Peningkatan tinggi jumlah jangkitan baharu di Kota Kinabalu dan Penampang menjadi faktor utama yang mengakibatkan kes harian Negeri Sabah berada pada paras yang tinggi hari ini, iaitu 137 KES.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ianya merupakan pertambahan 12 kes berbanding angka kelmarin.

“Secara perbandingan jumlah daerah yang merekodkan penurunan jangkitan harian (13 daerah) lebih banyak daripada daerah yang merekodkan pertambahan kes (5 daerah).

“Tetapi jumlah kes baharu yang tinggi di Kota Kinabalu dan Penampang yang keduanya berjumlah 35 kes mengakibatkan pertambahan jumlah kes baharu bagi negeri Sabah…

“Hanya daerah Sandakan merekodkan penurunan kes baharu yang agak besar, iaitu sembilan (9) kes,” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berkata sembilan (9) daerah kembali mencatatkan kes sifar hari ini setelah mencatatkan sekurang-kurangnya 1 kes semalam, manakala dua (2) daerah yang sebelumnya tidak mencatatkan sebarang jangkitan merekodkan kes baharu hari ini.

“Jumlah daerah yang bebas daripada sebarang jangkitan baharu pula bertambah daripada sembilan (9) kepada 16 daerah,” katanya sambil menambah tedapat satu (1) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan merupakan jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 61 (44)
Penampang 42 (24)
Putatan 9 (11)
Papar 8 (4)
Tawau 6 (6)
Sandakan 3 (12)
Tuaran 3 (5)
Kudat 2 (0)
Pitas 1 (0)
Ranau 1 (2)
Tongod 1 (1)
Beaufort 0 (3)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (1)
Keningau 0 (2)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (2)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (1)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (1)
Semporna 0 (4)
Sipitang 0 (1)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0