Kru Nelayan Warga Asing Tanpa Dokumen Ditahan

Kru Nelayan Warga Asing Tanpa Dokumen Ditahan

0
SHARE

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) Zon Maritim Labuan telah menahan seorang warga asing yang bekerjadi atas sebuah bot nelayan tempatan tanpa memiliki dokumen pengenalan diri yang sah di perairan Pulau Tiga, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin Op Benteng/Op Khas Pagar Laut 1/22, pasukan operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 2.7 batu nautika dari pulau tersebut.

“Pemeriksaan ke atas bot terbabit mendapati bahawa bot nelayan berkenaan dikendalikan oleh 11 orang kru asing warga Filipina yang berumur dalamlingkungan 15 tahun hingga 42 tahun.

“Pemeriksaan dokumentasi mendapati salah seorang daripada kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah…

“Bot, tekong bersama kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan di bawah Enakmen Pelabuhandan Dermaga Sabah 2002 dan Peraturan Peraturan Pelabuhan Dermaga 2008 (Kapal Kecil Berlesen Sabah).

Nudin menasihati komuniti nelayan supaya mengambil serius berkenaan permit yang sah bagi pekerja yang tinggal di Malaysia.

“Ini kerana, ia adalah satu kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun jika sabit kesalahan,” katanya.