SEMPORNA, SABAH – Agensi Penguatkuasaan MaritimMalaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna menggagalkan cubaan menyeludup masuk rokok putih tanpa cukai di pesisiran pantai Pulau Timbun Mata sini sekitar jam 7.30 pagi kelmarin.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, hasil daripada maklumat risikan, Zon Maritim Semporna mengatur gerak bot ronda ke lokasi dan melaksanakan rondaan serta pemeriksaan di sekitar kawasan.
“Semasa pemeriksaan dilakukan di persisiran pantai, pasukan operasi berjaya mengesan serta menemui rokok putih tanpa cukai yang dipercayai cuba untuk diseludup masuk dengan disembunyikan di dalam guni di bawah bangsal terbiar.
“Kesemua rokok putih yang ditemui berjumlah 180 karton dengannilai lebih kurang RM25,200 dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah rokok tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.
Norrimi berkata kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludupmasuk rokok putih tanpa cukai.
“Siasatan lanjut akan dilakukanbagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan ini…
“Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan ‘hot spot’ terutamanya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI ke negeri Sabah melalui jalan laut,” tambah beliau.





