Kumpulan Warisan Harta Sabah Sumbang Wang Baik Pulih 5 Buah Sekolah, 2...

Kumpulan Warisan Harta Sabah Sumbang Wang Baik Pulih 5 Buah Sekolah, 2 Rumah Daif Di Kundasang

0
SHARE

KUNDASANG, SABAH – Kumpulan Warisan Harta Sabah telah menyumbang RM163,760 bagi membaik pulih LIMA (5) buah sekolah dan DUA (2) rumah daif di kawasan ini.

Menyaksikan penyerahan cek tersebut di Kampung Togis Ahad lalu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Beliau memuji program tanggungjawab sosial (CSR) tersebut sebagai iltizam murni untuk membantu kerajaan memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Antara sekolah penerima adalah Tadika Dinamik Wawasan, SMK Timbua, SK Kundasang, SK Perancangan, SK Sagiban…

“Manakala Encik Sahimin Jaiman dari Kampung Debut Langsat dan Encik San Sandi dari Kampung Perancangan Ranau masing-masing menerima RM 20,000 dan RM 15,000.

“Difahamkan RM 18,000 daripada jumlah sumbangan tersebut diguna untuk menaik taraf gelanggang simen bola tampar SK Kundasang,” kata beliau dalam ucapannya.

Joachim juga berharap lebih banyak syarikat dan badan korporat melaksanakan program yang seumpama.

“Semoga syarikat GLC di Sabah yang lain mencontohi intiatif Warisan Harta untuk memperbaiki fasiliti sekolah terutama yang terletak di luar bandar,” katanya.