KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 272 kes, iaitu 9 kes lebih rendah daripada jumlah semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,678, jauh lebih rendah daripada 3,088 semalam.
“Tetapi kadar positiviti hari ini ialah 10.60 peratus, lebih tinggi daripada 10.04 peratus semalam…
“Jumlah sampel ujian yang jauh lebih rendah sepatutnya menghasil angka positif Covid yang juga jauh lebih rendah daripada kelmarin.
“Tetapi, oleh kerana kadar positiviti hari ini lebih tinggi daripada kelmarin, angka jangkitan baharu tidak banyak berubah daripada sebelumnya,” katanya dalam rumusan harian kes.
Kota Kinabalu yang merekodkan jangkitan tiga angka kelmarin mencatatkan penurunan kes baharu dengan hanya 71 kes (-34).
Tetapi Sandakan merekodkan kes baharu yang lebih banyak dengan 45 kes (+9), Penampang kekal dengan 26 kes, Tawau 21 kes (-4), Papar 17 kes (-5), Tuaran 17 kes (-3) dan Lahad Datu 16 kes (+9).
Sebanyak 13 daerah mencatatkan jangkitan baharu satu angka termasuk Putatan (3 kes) yang sebelum ini mencatatkan kes dua angka (15 kes).
Dalam pada itu, tujuh (7) daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu.
Walau bagaimanapun, terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan empat (4) dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 71 (105)
Sandakan 45 (36)
Penampang 26 (26)
Tawau 21 (25)
Papar 17 (12)
Tuaran 17 (20)
Lahad Datu 16 (7)
Kota Belud 9 (7)
Kota Marudu 9 (7)
Kinabatangan 7 (3)
Beaufort 6 (0)
Keningau 6 (3)
Kuala Penyu 5 (1)
Kudat 4 (0)
Tongod 4 (0)
Putatan 3 (15)
Sipitang 3 (1)
Beluran 1 (0)
Kunak 1 (0)
Pitas 1 (4)
Kalabakan 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Ranau 0 (2)
Semporna 0 (2)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (3)





