Kutu Laut, Pemakan Daging Di Pantai Australia

Kutu Laut, Pemakan Daging Di Pantai Australia

0
SHARE

MELBOURNE – Seorang remaja Australia, Sam Kanizay mengalami pendarahan tanpa henti di bahagian kaki setelah merendamkan kakinya di laut Dendy Street Beach, Brighton.

Niat beliau yang ingin menyejukkan badan selepas latihan bola sepak bertukar menjadi mimpi ngeri setelah kakinya berdarah tanpa henti sehingga dikejarkan ke hospital terdekat.

Menurut laporan doktor yang merawat remaja itu, ini berpunca daripada Kutu Laut ataupun ‘Sea Lice’ di mana ia merupakan sejenis serangga laut yang memakan daging.