KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Hj Ukin meninggal dunia di Hospital KPJ Kota Kinabalu di sini, jam 6.30 pagi tadi.
Tuan Haji Samin Ongki, Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negeri Sabah ketika dihubungi turut mengesahkan perkara mendukacitakan itu bahawa Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.30 pagi tadi.
Samin berkata: “selepas selesai segala prosedur SOP COVID-19, Datuk Seri Lajim akan dikebumikan di Kampung Kabatu Beaufort Sabah hari ini.”
Lajim sebelum ini dimasukkan ke hospital KPJ Kota Kinabalu akibat jangkitan COVID-19 sejak 13 Ogos lalu yang kemudiannya ‘ditidurkan’ pada 24 Ogos baru-baru ini.
Datuk Seri Lajim Haji Ukin dikenali sebagai pemimpin politik veteran di Sabah yang dilahirkan pada 15 Jun 1955, beliau pernah menjawat jawatan Menteri di Sabah dan Timbalan Menteri Persekutuan.





