Hanya 7 Keluarga Mangsa Banjir, Tanah Runtuh Dikenal Pasti Cari Perlindungan Di...

Hanya 7 Keluarga Mangsa Banjir, Tanah Runtuh Dikenal Pasti Cari Perlindungan Di PPS Penampang

0
SHARE
Ir. Shahelmey Yahya (3 dari kanan) bersama Datuk Julita Majungki (dua dari kiri) dan Flovia Ng (Kiri sekali) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada salah satu mangsa bencana banjir yang ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Penampang...

PENAMPANG, SABAH – Hanya TUJUH (7) daripada lebih 40 keluarga yang dikenal pasti terlibat dalam bencana banjir dan tanah runtuh pada Rabu lalu mencari perlindungan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kompleks Sukan di daerah ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya berkata, pihaknya mendapati 27 kampung dalam daerah telah terkesan.

Beliau berkata sedemikian pada lawatannya ke PPS tersebut petang tadi sambil mengambil kesempatan itu untuk menghulurkan bantuan makanan kering daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Fasiliti yang disediakan di sini adalah khemah bersesekat supaya mereka diasingkan dari keluarga lain. Mereka (mangsa) juga akan mendapat makanan bermasak selama tempoh tiga (3) hari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atas saluran peruntukan RM18.24 juta kepada negeri Sabah.

“Ianya sebagai persiapan dalam kemungkinan menghadapi bencana alam pada penghujung tahun ini dan hal tersebut akan diurus oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan terus kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah masing-masing,” jelasnya.

Turut hadir, Pembantu-pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah; Datuk Julita Majungki dan Flovia Ng, Pegawai Daerah Penampang; Francis Chong Yi Shing dan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia; Rugayah Awang Basar.