KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penungang motosikal maut selepas merempuh kenderaan Toyota Hilux di Jalan Tuaran Bypass dekat Lembaga Padi sini kira-kira 9.45 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa lelaki di lorong pusingan U itu berusia 41 tahun dan menunggang motosikal jenis Benelli.
“Kenderaan Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 77 tahun dari Jalan Burung Selingkir ingin menghala ke arah Suria Inanam..
“Motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan terlanggar bahagian tepi tayar kenderaan Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan media.
Akibat impak pelanggaran itu, mangsa terus jatuh dan terbaring di atas jalan dan mengalami parah di bahagian kepala serta patah kaki kanan.
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Zaidi.





