Lapan Orang Termasuk Kanak-Kanak Cedera Termasuk Gaung

Lapan Orang Termasuk Kanak-Kanak Cedera Termasuk Gaung

0
SHARE
Ahli keluarga terlibat dalam kemalangan di Jalan Silam menerima rawatan awal dalam sebuah jentera EMRS...

KOTA KINABALU, SABAH – LAPAN (8) orang cedera di mana antara mereka merupakan empat orang kanak-kanak, dalam dua kes terjatuh ke dalam gaung yang berasingan pada awal pagi tadi.

Kes pertama di Jalan Silam, Lahad Datu, membabitkan tujuh sekeluarga dalam kenderaan Perodua Aruz.

Menurut laporan Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sabah, kenderaan tersebut terbabas sendiri dan jatuh (ke dalam gaung) sebelum Menara Kayangan pada kira-kira 1.10 pagi.

“Terdapat tujuh orang mangsa terlibat dimana kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS di tempat kejadian…

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki Jentera EMRS dan Ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi agensi berkenaan.

Kira-kira dua jam selepas insiden itu, di Kg Longkou Baru, Telipok, pada pukul 3.20 pagi, seorang pejalan kaki ditimpa kemalangan sama.

Mangsa lelaki berusia 38 tahun itu di dilaporkan telah jatuh kedalam gaung dengan kedalaman 200 kaki.

Mangsa di Kg Longkou Baru Telipok menaiki ambulans tanpa memerlukan bantuan…

“Pasukan Bomba bertindak membuat pencarian dikawasan tersebut. Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan…

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 5.30 pagi.