Laporan Polis Ke Atas Individu Yang Memfitnah Ketua Menteri Sabah, Kononnya Menghalang...

Laporan Polis Ke Atas Individu Yang Memfitnah Ketua Menteri Sabah, Kononnya Menghalang Peruntukan KKLW

0
SHARE

Laporan Polis Ke Atas Individu Yang Memfitnah Ketua Menteri Sabah, Kononnya Menghalang Peruntukan KKLW..

KOTA KINABALU, SABAH – Laporan Polis telah dibuat oleh Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) dan NGO Pro BN hari ini, Selasa, bertempat di Balai Polis Karamunsing atas fitnah dan hasutan kepada kumpulan tertentu yang giat menyebarkan fitnah di Sandakan kononnya sebelum ini Ketua Menteri Sabah telah menghalang peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) daripada disalurkan ke Sabah semasa Datuk Seri Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW.

Menurut pengadu, Datuk Zulkarnain Mahdar selaku pengerusi GAUM dan Pro BN, ini adalah jelas satu pembohongan dan laporan polis ini dibuat bagi memperbetulkan semula presepsi rakyat khususnya d Sandakan terhadap Ketua Menteri Sabah..