SANDAKAN, SABAH – Larangan eksport kayu bulat masih berkuatkuasa, demikian menurut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah merasakan larangan itu adalah untuk membantu industri kayu tempatan mendapatkan akses kepada bekalan bahan mentah.
“Kami akan sentiasa memeriksanya. Tetapi larangan itu masih dikuatkuasakan,” katanya ketika ditanya mengenai pendirian Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.