Lawatan Rasmi Toh Puan Norlidah Ke Kuching Berjalan Lancar

Lawatan Rasmi Toh Puan Norlidah Ke Kuching Berjalan Lancar

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Lawatan rasmi Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni ke Kuching berjalan lancar.

Lokasi pertama lawatan ialah Galeri Songket dan Keringkam di Jalan Masjid yang diiringi Isteri Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Sri Baduyah Bujang dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Rombongan kemudian mengadakan kunjungan hormat  ke atas Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib di kediaman rasminya, Demak Jaya di Jalan Bako, Kuching…

Menyerikan kunjungan, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud bersama Toh Puan Raghad turut merakam gambar kenangan bersama Toh Puan Norlidah serta rombongan.

Rombongan tersebut disertai Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Julia Salag yang juga Yang DiPertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS), Isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datin Noraini Salleh, Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecelia Edwin, Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Lindah Anuar Ewit, Bendahari Kehormat  Mutiara GRS, Datin Wahida Mardiana Norsalim, Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran), Diyanah Abdullah dan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar.

Menjelang malam, Isteri Timbalan Menteri Pembangunan Belia dan Sukan, Datin Rosmarie Wong Lu Yi menyambut ketibaan Toh Puan Norlidah serta rombongan di Kuching Waterfront untuk Majlis Makan Malam di Sarawak River Cruise sambil dihiburkan dengan persembahan buskers, Velousty.