Lebih 1,000 Umat Islam Doakan Kesejahteraan Negara, Negeri

Lebih 1,000 Umat Islam Doakan Kesejahteraan Negara, Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyertai lebih 1,000 umat Islam mendoakan kesejahteraan negara dan negeri ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Ketibaan Tun Juhar dalam Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Solat Jumaat, disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun serta Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting, manakala bacaan doa selamat diketuai Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Seterusnya, Bungsu menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk “Bulan Kebangsaan Momen Menghargai Jasa Pahlawan; Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan” sebelum menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Suhaidi.

Hadir sama di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan serta Pengarah Jabatan Hal ehwal agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul.