KOTA KINABALU, SABAH – Centre Point Sabah (CPS) kini mempunyai hampir 21 penaja bagi Kempen Derma Darah CPS – “ We Love, We Care, We Give ”.
CPS menerusi kenyataan akhbar berkata, tajaan tersebut adalah untuk 200 hamper khas penderma darah (untuk penderma yang menderma lebih daripada 20 kali dan ke atas) dan hadiah cabutan bertuah, dengan hadiah utama tajaan oleh Ching Ann (Sabah) Sdn Bhd.
Dalam pada itu Ching Ann (Sabah) Sdn Bhd juga telah menaja lima telefon pintar Samsung bernilai hampir RM7K dan baucar Servay Cash bernilai RM2000 untuk acara tersebut.
Goh, pemilik Ching Ann (Sabah) Sdn Bhd di Jalan Gaya, menyampaikan barangan tajaan kepada penganjur utama Kempen Derma Darah CPS – Centre Point Sabah dan Lions Club Kota Kinabalu Mandarin, bersama beberapa penganjur bersama yang lain.
“Kempen Derma Darah CPS dianjurkan selama hampir lebih 30 tahun dan telah mendapat sokongan padu daripada orang ramai dan pihak NGO…
“Selain daripada menderma darah, setiap penderma layak menerima beg gula-gula yang mengandungi lebih daripada 10 barangan daripada penaja, serta berpeluang memenangi beberapa hadiah cabutan bertuah yang menarik – menjadikan kempen ini berbeza daripada mana-mana kempen derma darah yang lain di Sabah!
“Selain itu, Syarikat Chean & Yong Sdn Bhd turut menaja 1 lagi Telefon Pintar Samsung bernilai RM1,400 untuk aktiviti cabutan bertuah. Tajaan lain ialah Sabah Publishing House; Onaki Sdn Bhd; Dong Sin Sdn Bhd; Syarikat Ta Kiong Sdn Bhd; Dutch Lady Milk Industries Bhd; Gold Leaf Marketing Sdn Bhd; New Star Food Industries Sdn Bhd; Smart Tasty Industry Sdn Bhd; Vida World DKSH Malaysia Sdn Bhd (Ayam Brand); Maestro Swiss Trading Sdn Bhd (VICO); All Master Express Sdn Bhd; Makanan Jalanan Korea Mukbang; Enoveal; Palm Cafe; Nasi Ayam A1 (Lintas); Pearl Optical Centre; KK Banshan Fresh & Cold Storage dan Borneo Porcupine Bezoar.
Kempen tersebut akan bermula pada jam 8:30 pagi – 9:30 malam, Sabtu (12 November) di Pusat Beli-belah Centre Point Sabah, dan akan dijalankan di dua (2) kawasan, iaitu Tingkat Bawah (8:30 pagi – 9:30 malam) dan Tingkat 4 Palm Square (8:30 pagi – 5:30 petang). Tahun ini, kempen itu menyasarkan untuk mengumpul 1,200 pain darah.
Tambahan pula, terdapat 23 penganjur bersama yang menyertai kempen ini iaitu Hospital Queen Elizabeth 1, Hospital Queen Elizabeth 2; Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas; Hospital Kudat; Hospital Beaufort; Hospital Ranau; Hospital Tambunan; Hospital Keningau; Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Penampang; Kelab Lions KK Centennial; Kelab Lions Tanjung Aru; Lions Club of Tuaran; Persatuan Alumni Taiwan Sabah; Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah KK; Persekutuan Persatuan Wanita Cina Sabah; Persatuan Kebajikan Cina Sabah; Persatuan Puak KK Zhang; Persatuan Komuniti Perniagaan (ABC); Persatuan Pemandu Pelancong Sabah; Kelab Lions Ranau; Kelab Lions KK Lintas; Kelab Lions KK Capital; dan Lions Club of Kota Kinabalu Asia City.
Kempen derma darah CPS boleh diikuti di laman Facebook rasmi pusat beli-belah itu. Untuk maklumat lanjut dan tajaan Kempen Derma Darah CPS, orang awamboleh menghubungi Cik Thecla di talian 011-741 287845.