Lee Zii Jia Tidak Didaftarkan Sertai Kejohanan Badminton Untuk Tempoh 2 Tahun...

Lee Zii Jia Tidak Didaftarkan Sertai Kejohanan Badminton Untuk Tempoh 2 Tahun – BAM

0
SHARE
Lee Zii Jia...

KUALA LUMPUR – Lee Zii Jia tidak akan didaftarkan untuk menyertai sebarang kejohanan untuk tempoh DUA (2) tahun susulan keputusannya meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) minggu lalu.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam satu sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, sebentar tadi.

“Selepas mempertimbangkan semua faktor, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Januari,” katanya.

Sebagai rekod, semua pemain perlu mendapatkan kelulusan persatuan bagi menyertai kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).