Lelaki Asal Papar Rebah Meninggal Dunia Sebelum Dapat Tangkap Udang Dengan Rakan

Lelaki Asal Papar Rebah Meninggal Dunia Sebelum Dapat Tangkap Udang Dengan Rakan

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

BEAUFORT, SABAH – Seorang lelaki berusia 59 tahun rebah lalu meninggal dunia ketika menangkap udang bersama lima rakan yang lain di tebing Sungai Klias pada Khamis.

Jaffery Kalimo mengadu pening dan sakit dada sebelum tiba-tiba rebah sejurus mereka tiba di jeti dalam kejadian sekitar 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah berkata, mangsa berasal dari Kampung Buang Sayang, Papar.

“Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian bersama anggota perubatan.

“Walaupun rawatan kecemasan diberikan, mangsa disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat tidak menemui unsur jenayah,” katanya, sambil menambah kes disiasat sebagai mati mengejut.