Lelaki Ditemui Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

Lelaki Ditemui Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki, 30-an telah ditemui meninggal dunia di tepi jalan berhampiran Taman Flamingo Menggatal dipercayai terkena renjatan elektrik pada Jumaat.

Orang awam telah menemui lelaki tersebut yang berada dalam keadaan terbaring berhampiran tiang elektrik pada jam 5 petang semalam.

Lelaki berusia 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring berhampiran tiang elektrik kira-kira jam 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, berdasarkan siasatan dipercayai kematian berlaku lebih daripada 24 jam.

“Hasil pemeriksaan awal pada mayat disyaki mangsa mati akibat terkena renjatan eletrik…

“Mayat dalam keadaan terbaring di bawah tiang elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan hasil pemeriksaan tubuh badan mangsa tidak menemui dokumen pengenalan diri.

“Selain itu, tiada sebarang kecederaan luka untuk dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah setakat ini dan tiada sebarang senjata ditemui di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, sebelum itu pihak SESB telah dimaklumkan berhubung kejadian terbabit dan segera membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan selamat untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat dihantar ke bahagian forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 bagi menjalankan bedah siasat,” katanya.