Lelaki Failkan Tuntutan Cerai Kerana Terkejut Lihat Wajah Isterinya Tanpa Solekan

Lelaki Failkan Tuntutan Cerai Kerana Terkejut Lihat Wajah Isterinya Tanpa Solekan

0
SHARE

KAHERAH, MESIR – Pasangan suami isteri di Mesir bercerai setelah baru sebulan mereka bernikah dan melangsungkan perkahwinan.

Perkara mengejutkan tersebut berlaku selepas suami nekad memfailkan tuntutan ceraikan isterinya di mahkamah kerana kecewa melihat wajah isterinya itu tanpa solekan.

Memetik sumber Gulf News,  lelaki berkenaan berasa sangat terkejut melihat wajah sebenar isterinya tanpa secalit solekan selepas hari perkahwinan mereka.

“Saya tertipu dengan wajahnya kerana dia sering mengenakan solekan yang tebal…

“Dia langsung tidak cantik tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah.

Jelasnya lagi, dia berkenalan dengan wanita itu menerusi laman sosial Facebook di mana isterinya itu kerap memuat naik fotonya yang disolek cantik.

Selepas bertemu selama beberapa kali, lelaki itu akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.

“Saya terkejut, wajahnya amat berbeza berbanding wanita yang saya kenali sebelum kami berkahwin…

“Saya tertipu dan mahu menceraikannya,” kata lelaki itu.