Lelaki Jumpa Kain Buruk Dalam Sup Panas Dimakannya

Lelaki Jumpa Kain Buruk Dalam Sup Panas Dimakannya

0
SHARE

BEIJING, CHINA Seorang lelaki mengalami pengalaman meloyakan selepas dia menjumpai sehelai kain buruk di dalam juadah makanan yang dimakannya.

Memetik laporan media China, Hong Xing Xin Wen melalui Baidu, lelaki yang bernama Ning itu memesan dua mangkuk besar sup panas untuk dirinya dan lima rakan sekerjanya memandangkan mereka bekerja lebih masa.

Selepas pesanan mereka tiba, Ning mendapati kedua-dua sup berbeza warna, satu mangkuk berwarna lebih gelap, manakala satu lagi berwarna lebih cerah.

Bagaimanapun, dia tidak terlalu memikirkannya dan terus menikmati hidangannya.

Ketika menikmati hidangannya, Ning mengambil objek yang kelihatan seperti sekeping perut lembu, yang merupakan bahan biasa yang dicampur di dalam sup tersebut.

Memandangkan saiznya agak besar, dia mencadangkan kepada rakan-rakannya agar mengoyakkannya menjadi kepingan yang lebih kecil.

Semasa menariknya keluar , dia menyedari objek yang disangkanya perut lembu itu sebenarnya kain buruk.

Selepas penemuan yang menjijikkan itu, dua daripada rakan sekerja Ning muntah serta-merta.

Ning segera menghubungi restoran dan meminta penjelasan tentang perkara tersebut.

Menurut media SCMP, restoran itu pada mulanya menawarkan pampasan tiga kali ganda daripada jumlah bil makanan tersebut, tetapi tawaran itu di tolak Ning dengan komen “satu-satunya permintaan saya ialah kerajaan campur tangan dan menyiasat, insiden tersebut.”

Pengurus restoran memberitahu kesilapan itu dilakukan oleh seorang kakitangan baharu yang dilaporkan dalam keadaan tidak sihat ketika memasaknya.