Lelaki Maut Direnjat Elektrik Ketika Menjolok Buah Mangga di Papar

Lelaki Maut Direnjat Elektrik Ketika Menjolok Buah Mangga di Papar

0
SHARE

PAPAR: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menjolok buah mangga menggunakan batang besi di Kampung Bambangan, di sini, petang tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada jam 3.01 petang dan sepasukan lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memanjat pokok mangga dan menggunakan sebatang batang besi untuk menjolok buah. 

“Batang tersebut menyentuh kabel elektrik berdekatan, menyebabkan mangsa terkena renjatan dan tidak sedarkan diri,” kata seorang jurucakp agensi.

Sebaik bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa dari pokok menggunakan tangga dan tali penyelamat.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.29 petang.