TAWAU: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kampung Jawa Jalan Dr. Yamamoto di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.13 pagi.
Katanya, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 3 kilometer.
“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Satria telah terbabas sendiri dan melanggar tiang elektrik lalu terbalik.
“Terdapat seorang mangsa lelaki, 32 tahun tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba melalui cermin belakang kereta yang pecah dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM utuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud dilokas,operasi ditamatkan pada jam 5.54 pagi.