Lelaki Maut Tersepit Dalam Kemalangan Axia Bertembung Lori 10 Tan

Lelaki Maut Tersepit Dalam Kemalangan Axia Bertembung Lori 10 Tan

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Sabah

BELURAN: Seorang lelaki maut akiabt tersepit selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan pertembungan Perodua Axia dengan lori 10 tan di Jalan Sapi Nangoh Kampung Rumidi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.55 petang.

“Terdapat seorang mangsa tersepit dalam kenderaan Perodua Axia dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa, Cletus Majin, 37 tahun seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

“Manakala, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Pasukan Bomba kemudian membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi sebelum menamatkan operasi pada jam 8.30 malam.