PRN Johor: Anggota Polis Keluar Mengundi Awal Biarpun Hujan Renyai

PRN Johor: Anggota Polis Keluar Mengundi Awal Biarpun Hujan Renyai

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

JOHOR BAHRU, JOHOR – Walaupun hujan, ianya tidak menghalang anggota polis untuk turun mengundi di pusat mengundi awal dekat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (JPRN) Johor meilbatkan seramai 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan, manakala 10, 955 pula pegawai dan anggota tentera serta pasangan.

Setakat jam 9 pagi tadi sejumlah 12 peratus petugas barisan hadapan telah keluar menjalankan tanggungjawab mereka.

Anggota polis dilihat sudah mulai beratur seawal pukul 8 pagi, dan biarpun hujan mulai turun, mereka tetap kekal di barisan.

Turut sama berhujan adalah pengamal media yang hadir membuat liputan hari mengundi awal yang berlangsung hari ini.

IPK Johor adalah pusat mengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dengan dua saluran.