Pakej Sokongan Tambahan RM3.54 Bilion Diluluskan Kepada Ukraine

Pakej Sokongan Tambahan RM3.54 Bilion Diluluskan Kepada Ukraine

0
SHARE
Rakyat Ukraine yang melarikan diri ke Poland. - Sumber foto Getty Images...

WASHINGTON, AS – Sejumlah RM3.54 bilion (AS$849 juta) telah diluluskan oleh Bank Dunia semalam sebagai pakej tambahan untuk menyokong Ukraine.

Bantuan yang boleh disalurkan serta-merta ini dikenali sebagai ‘Pembiayaan Pemulihan daripada Kecemasan Ekonomi di Ukraine’ atau ringkasnya FREE Ukraine.

Pengumuman bank yang berpangkalan di Washington pada 1 Mac itu menyatakan bahawa pihaknya sedang mempersiapkan bantuan kecemasan bernilai RM12.54 bilion (AS$3 bilion) untuk Ukraine di mana RM1.46 bilion (AS$350 juta) akan disalurkan serta-merta.

Manakala, bantuan yang lebih besar telah diagihkan semalam.

“Pakej yang diluluskan oleh ahli lembaga pengarah kami merangkumi pinjaman tambahan berjumlah AS$350 juta…

beserta jaminan berjumlah AS$139 juta (RM580 juta),” kata Bank Dunia dalam satu kenyataan.

Perang di Ukraine yang telah berlaku selama 12 hari menyebabkan beratus-ratus orang awam terbunuh dan ribuan yang lain lagi cedera.

Lebih 1.7 bilion penduduk Ukraine meninggalkan negara itu sejak pencerobohan Rusia bermula pada 24 Februari lepas dengan lebih separuh daripada mereka mencari perlindungan di Poland.