Lelaki Melecur Dalam Kebakaran 3 Rumah Di Lahad Datu

Lelaki Melecur Dalam Kebakaran 3 Rumah Di Lahad Datu

0
SHARE

LAHAD DATU: Seorang lelaki mengalami cedera, iaitu melecur di tangan selepas terlibat dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Tamoi Baru, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 4.04 petang, semalam. 

“Sepasukan anggota bomba dari BBP Lahad Datu diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

“Kebakaran telah melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal dan sebuah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar 100 peratus. 

“Terdapat seorang mangsa lelaki cedera ringan, (melecur) di tangan kiri dan diberi rawaran oleh pasukan EMRS di tempat kejadian serta mangsa menolak untuk dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran 200 kaki empat pacutan dan sumber air dari air terbuka, iaitu parit.