Lelaki Warga Emas Maut Dipijak Gajah Liar di Lahad Datu

Lelaki Warga Emas Maut Dipijak Gajah Liar di Lahad Datu

0
SHARE

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun maut selepas dipercayai dipijak gajah liar dalam kejadian di Ladang Begahak 2, Jalan Tungku, semalam.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika mangsa bersama anak lelakinya berusia 38 tahun sedang menutup pintu pagar sebelum seekor gajah tiba-tiba muncul.

Anak mangsa dilaporkan berjaya melarikan diri sambil meminta bantuan, namun mangsa gagal diselamatkan dan dipijak haiwan berkenaan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Lahad Datu tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah termasuk patah tulang kaki dan rusuk.
Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Orang ramai diminta tampil membantu siasatan, manakala penduduk di kawasan Tungku dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap kehadiran gajah liar.