INDONESIA – Majlis perkahwinan anak Presiden Jokowi, Kaesang Pangarep bakal dihadiri tetamu yang menggunakan lebih 40 jet peribadi ke Indonesia.
Pangarep adalah anak bongsu Presiden Indonesia, Joko Widodo dan akan melangsungkan perkahwinannya pada Ahad di wilayah Boyolali di bahagian timur Jawa Tengah, lapor agensi berita Sputnik.
Kira-kira sebanyak 45 jet dijadualkan tiba pada Ahad sempena majlis perkahwinan itu.
Wakil Kesatuan Penerbangan Yani Ajat Hermawan berkata, sistem komunikasi udara dijangka kekal stabil.
“Kami telah menyediakan tempat yang mencukupi untuk jet-jet peribadi mendarat…
“Tetapi ia tidak bermakna majlis perkahwinan itu akan menjejaskan penerbangan biasa,” kata pengurus Kesatuan Penerbangan itu, dipetik akhbar Kompas.
Dalam pada itu, beliau berkata nama tetamu tidak didedahkan kerana pihaknya hanya memperoleh nombor pendaftaran jet berkenaan.