LIGS SUMBANG RM1.5 JUTA KEPADA KERAJAAN NEGERI: KM HAJIJI

LIGS SUMBANG RM1.5 JUTA KEPADA KERAJAAN NEGERI: KM HAJIJI

0
SHARE
Ligs
Hajiji menerima replika cek sumbangan daripada Edward (lima kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Lembaga Perindustrian Getah Sabah (LIGS) membayar RM1.5 juta sebagai sumbangan bagi 2022 kepada kerajaan negeri hari ini.

Ia adalah kali kedua LIGS menyumbang kepada kerajaan negeri selepas kali pertama menyumbang sebanyak RM1.3 juta pada tahun 2021.

Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu menyampaikan replika cek itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertempat di Menara Kinabalu hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar LIGS Sabdil Tanjong

Semasa kunjungan hormat itu, LIGS memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai aktiviti dan program LIGS seperti Insentif Pembelian Getah (IPG), Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023 (IPR) dan langkah ke hadapan untuk merancakkan industri getah negeri.