Rider Food Panda Maut Dilanggar Pemandu Grab

Rider Food Panda Maut Dilanggar Pemandu Grab

0
SHARE
Food panda
Mangsa dikelilingi orang ramai di tempat kejadian ( Sumber Foto: Ihsan IPD Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang ‘rider’ Food Panda maut selepas bertembung dengan pemandu e-hailing yang cuba memotong di Jalan UMS dekat 1Borneo di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Supt Kalsom Idris berkata, mangsa lelaki berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Likas pada pukul 12.45 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta Honda Civic berusia berusia 27 datang dari arah One Sulaman menghala ke Likas.

“Dia memandu di lorong kanan tetapi beralih ke lorong tengah untuk memotong kereta yang lebih perlahan di hadapan.

“Pemandu kemudian melanggar bahagian kiri motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.