Lima Lelaki Disyaki Rogol Pelajar Tingkatan 3 Bergilir-gilir Di Tawau Ditahan

Lima Lelaki Disyaki Rogol Pelajar Tingkatan 3 Bergilir-gilir Di Tawau Ditahan

0
SHARE

TAWAU: Seorang pelajar berusia 15 tahun di sini akhirnya mendedahkan kepada ibunya yang dirinya dirogol secara bergilir-gilir oleh lima orang lelaki yang memecah masuk bilik tidurnya sebanyak 3 kali antara 13 Jun dan 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 36 tahun pada jam 12.59 tengah malam Isnin.

Menurutnya, anaknya mengadu sering diganggu oleh pelajar lelaki di sekolah sebelum kemudiannya mendedahkan kejadian rogol tersebut.

“Susulan itu, lima lelaki, termasuk seorang pelajar tingkatan berusia antara 17 hingga 20 tahun ditahan pada jam 11 pagi hari yang sama.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Tawau pada Selasa bagi mendapatkan perintah tahanan reman sehingga 13 Julai,” katanya.

Suspek dikatakan memecah masuk ke bilik mangsa melalui tingkap sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Jasmin berkata, suspek juga dipercayai mengugut mangsa sekiranya enggan melakukan hubungan seks, mereka akan menyebarkan perbuatan itu kepada pelajar lain di sekolahnya.