Makan Kurma Dengan Mentega Tidak Boleh Jadi Amalan

Makan Kurma Dengan Mentega Tidak Boleh Jadi Amalan

0
SHARE
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Pengambilan kurma bersama mentega dalam makanan adalah jenis pemakanan yang tidak boleh diamalkan.

Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin mengesahkan perkara tersebut dan menasihati orang ramai untuk tidak menjadikan ia sebagai amalan dalam pemakanan.

Beliau mengakui kurma memang bagus kerana mengandungi gula kompleks, tetapi apabila digabungkan dengan mentega yang tinggi lemak, ia boleh menyebabkan masalah lain. 

“Ini termasuk isu air minuman yang mengandungi garam Celtic. Bahayanya jikga alkohol dimasukkan ke dalam minuman itu secara tidak betul, ia akan menimbulkan masalah lain,” katanya dalam program Ruang Talk terbitan Bernama TV.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat komplkes terutama ketika negara sedang dilanda fenomena El-Nino bagi mengelak strok haba ketika berpuasa.

Katanya, makanan yang mengandungi bahan seperti kurma akan terurai secara perlahan sekali gus menyebabkan tempoh kenyang lebih lama berbanding pengambilan gula putih.

“Makanan yang mengandungi gula putih bagus untuk mengekalkan tenaga, tetapi jika satu hingga dua jam selepas bersahur tenaga akan berkurangan akibat proses pemecahan yang cepat. 

“Strok haba adalah penyakit berpunca dari haba berlebihan yang didahului oleh kekejangan haba, diikuti keletihan haba yang antara lain berlaku apabila suhu badan meningkat, jantung berdegup kencang, pening atau sakit kepala dan keletihan melampau,” katanya.

Jabatan Meteorolgi Malaysia (MET Malaysia) sebelum ini mengumumkan fenomen El-Nino yang bermula pada pertengahan tahun lalu akan mungkin berterusan sehingga pertengahan tahun ini.