Malaysia Bersedia Dalam Membantu Isu Baitulmaqdis – Hishammuddin

Malaysia Bersedia Dalam Membantu Isu Baitulmaqdis – Hishammuddin

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersenjata Malaysia sentiasa bersedia menunggu perintah Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V berkaitan isu Jerusalem atau Baitulmaqdis.

Memetik Channel News Asia pada Isnin, Menteri Pertahanan Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia harus sedia dengan segala kemungkinan dan mampu melaksana tugas yang diamanahkan.

Bagaimanapun, menurut laporan tersebut Hishammudin tidak menjelaskan lanjut bentuk “kesediaan” yang dilibatkan berkaitan isu Jerusalem.

Hishammudin mungkin bermaksud, Malaysia sedia menghantar pasukan keselamatan ke Jerusalem bagi tujuan misi keamanan dan mengawasi keselamatan awam di rantau tersebut.

Sebelum ini tentera Malaysia terlibat dalam beberapa misi keamanan di bawah panji PBB di negara bergolak di dunia.

Hishammudin menyifatkan pengesahan Amerika Syarikat menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lepas, menjadi tamparan keras bagi seluruh masyarakat Islam.

Malaysia meluahkan rasa bimbang pengumuman tersebut mampu mengakhiri segala usaha perdamaian menyelesaikan konflik di Timur Tengah.

Malaysia menganggap pengakuan AS itu melanggar hak warga Palestin serta sejumlah resolusi Dewan Keselamatan PBB selama ini.